Cara Menggunakan

  • → Masukkan maklumat Pesawat, nombor penerbangan saja. Kalau menggunakan penerbangan Malaysia Airlines MH 003, daripada London ke Kuala Lumpur, masukkan saja MH3
  • → Masukkan tarikh penerbangan, pilih daripada kalendar.
  • → Tekan butang TERUSKAN
  • → Jika berlaku kesilapan, tekan butang SEMULA dan masukkan maklumat yang dikehendaki seperti ternyata diatas.

Maklumat yang akan dipamerkan adalah: Maklumat Lapangan Terbang

Waktu Solat yang terdapat dalam penerbangan

Peta Laluan Penerbangan

Peta ini akan menunjukkan laluan penerbangan daripada Lapangan berlepas hingga ke Lapangan destinasi.

Waktu Solat yang berkaitan dalam penerbangan akan ditunjukkan dimana ianya bermula atas peta.

Perkiraan waktu solat itu adalah berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dilakukan oleh PFSM. Waktu solat yang diberikan boleh digunakan sebagai panduan perancangan bila mulanya waktu solat tertentu. Seeloknya ditambahkan 10 min sebelum memulakan solat. Ini adalah kerana waktu solat dihisab bukan atas penerbangan sebenar. Beberapa faktor dalam penerbangan akan membuatkan waktu solat yang dihisab tidak begitu tepat. Jika terdapat kelewatan bila penerbangan bermula, kelewatan itu perlu diambilkira dalam penentuan bermula waktu solat.

Kajian Dalam Penerbangan

Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM) telah mengambil satu inisiatif menyediakan penyelesaian untuk umat Islam menentukan waktu solat dalam penerbangan (WSDP) Inisiatif ini tercetus disebabkan kegusaran umat Islam mengenai waktu solat ketika berada dalam penerbangan disebabkan ketiadaan panduan yang tepat.

PFSM menggunakan gabungan tenaga saintis dan ulama tempatan, untuk melakukan kajian fenomena langit dan matahari, dalam penerbangan jarak jauh, untuk mendapatkan parameter yang diperlukan untuk perkiraan waktu solat di ketinggian penerbangan pesawat. Kajian telah menghasilkan set data yang meliputi 45 penerbangan mulai tahun 2009 hingga 2012.

Duapuluh penerbangan telah ditajakan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk pengkaji daripada PFSM. Penerbangan itu meliputi hemisfera Utara dan Selatan dan merangkumi kesemua musim. Dua puluh lima set data lagi telah diperolehi oleh juruterbang MAS yang telah membantu melakukan pencerapan ketika dalam penerbangan.

Cerapan yang dirancangkan untuk melihat sama ada berlaku perbezaan didalam nilai sudut zenith dan pembiasan yang bergantung kepada musim dan hemisfera.

Penerbangan dibuat mengikut 4 musim, merangkumi hemisfera Utara dan Selatan dan ada element 'redundancy' jika berlaku cuaca yang tidak diduga dalam sesuatu penerbangan.

Data hasil cerapan itu telah dianalisa untuk mendapatkan sudut zenit untuk fenomena falak dan waktunya bagi mulanya Fajar, Syuruq, Ghurub dan Isya dan juga pembiasan yang berkaitan pada ketinggian penerbangan pesawat yang lazimnya diantara 35000 hingga 39000 kaki di udara.

Hasil kajian itu telah digunakan untuk mengeluarkan perisian yang boleh membantu musafir Muslim melaksanakan solat pada waktunya dalam penerbangan.

KERJASAMA AGENSI KERAJAAN MALAYSIA DALAM PROJEK INI

Projek ini telah diamanahkan kepada Persatuan Falak Syar'I Malaysia untuk dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mendapat sokongan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom.

Kementerian Pengangkutan telah juga terlibat dengan mendapatkan kerjasama Syarikat Penerbangan Malaysia terlibat dalam projek ini.

MAS telah menajakan 20 penerbangan untuk pasukan pengkaji PFSM. Bagi setiap penerbangan akan dibenarkan 2 orang pengkaji berada dengan juruterbang dalam cockpit untuk melakukan pencerapan. Ruang dalam cockpit pesawat hanya boleh memuatkan dua orang pemerhati dan 2 orang juruterbang sahaja.

Beberapa orang juruterbang MAS juga telah melakukan cerapan berasingan dan data yang diperolehi mereka juga digunakan dalam penganalisaan.

Peralatan

  • Light Meter

    membaca kecerahan cahaya matahari (Unihedron SQM LM)
  • GPS module

    bagi membaca kelajuan, Latitude, Longitude, Tarikh dan Masa fenomena terjadi (GlobalSat BU 353)
  • Komputer Riba

    Sistem Pengumpulan data yang bersepadu yang mampu mengumpul data Light Meter dan GPS menggunakan komputer
  • Kamera

    bagi merakam bukti visual fenomena ketika ianya terjadi dengan cetakan waktu (CANON 60DA)








Maklumat tambahan juga telah diambil daripada sistem computer pesawat.

Kerjasama MAS Airline



Mesyuarat dengan mantan Pengarah Urusan MAS yang meluluskan projek dengan PFSM.




Mesyuarat dengan pegawai MAS untuk membincangkan isu teknikal projek. (Februari 2011)





Latihan pencerap dalam Simulator pesawat. Februari 2011





Pencerapan waktu Ghurub Matahari


Mencerap waktu Isyak




Mencerap Fajar Sadiq





Mencerap Syuruq